Saturday, 13 June 2015

PENYAKIT LAIN DIHIDAPI OLEH PESAKIT GOUT

PENYAKIT LAIN DIHIDAPI OLEH PESAKIT GOUT



Ramai yang menghidapi penyakit gout pada masa kini. Bila berlakunya serangan gout, ia amat menyakitkan. Kesakitan yang ditanggung menyukarkan pesakit gout untuk berjalan dan bergerak. Ada juga yang akan rasa sakit sehingga mencucuk-cucuk. Gout bukan penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan ubat tahan sakit atau biarkan sahaja sehingga rasa sakit hilang. Gout terjadi apabila asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’. Tophi akan tumbuh pada bahagian sendi manusia. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

KEGEMUKAN





DIABETES





DARAH TINGGI





HIPERLIPIDEMIA






hubungi sy footnote.png




Wednesday, 3 June 2015

ARTHRITIS VS GOUT

 Arthritis vs Gout.




Penyakit Artritis ialah penyakit radang sendi. Penyakit Arthritis ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain.

Sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi.


Manakala, penyakit Gout adalah sebahagian daripada penyakit arthritis.
Arthritis yang membawa kepada Gout adalah disebabkan oleh hyperuricemia.

Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL). Hyperuricemia adalah sifat utama bagi penyakit gout.

Walaubagaimana pun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.

Apabila Hyperuricemia berlaku, asid urik akan berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam atau jarum-jarum kristal pada sendi-sendi.

Hablur-hablur inilah yang akan mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Dan akhirnya,ia juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang yang dipanggil 'Kidney Stone'.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak (menghasilkan bengkak yang dipanggil 'Tophi'), panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan.

Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension.

Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Jadi, jika mewarisi kecacatan genetik dari keluarga kita, eloklah mengamalkan diet seimbang untuk mengelakkan paras asid urik dalam badan melepasi paras normal iaitu lebih dari 420 μmol/L (7.0 mg/dL).








hubungi sy footnote.png