Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
- Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi
- Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
- Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
- Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi
- Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
- Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Peringkat Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik
Pada peringkat pertama iaitu asimptomatik, aras asid urik plasma bertambah, tetapi
tanpa sebarang gejala.
Apabila berlakunya serangan gout pertama itu menandakan peringkat kedua akut.
Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-
serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.
Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang
bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga
tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga
dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir kronik, serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta
poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus
besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah
teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.
Tanda-tanda penyakit gout
# Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
# Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
# Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.
![](http://www.bio-asli.com/gout/images_files/urate.jpg)
Komplikasi
1. Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
2. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
3. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes
Pemakanan
Dibawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:-
Pencegahan
Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normalAmalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.Minum banyak air
Cadangan Untuk Melegakan Kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikan bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang praktikal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah dengan menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan
Ada MASALAH GOUT?
sms/whatsapp/call : 019-9942242
No comments:
Post a Comment