Wednesday, 13 May 2015

PEMAKANAN PESAKIT GOUT





Tips Pemakanan Pesakit Gout


Pesakit gout perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. 
Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

•Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
•Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
•Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil tanpa had.

1. MAKANAN YANG MENGANDUNGI PURIN YANG TINGGI (PERLU DIELAK)
  • Organ dalaman haiwan seperti hati,limpa,peparu,buah pinggang dan sebagainya
  • Ikan bilis dan ikan sardin di dalam tin
  • Pati daging
  • Kekacang seperti dal,kacang pea,kacang tanah,kacang soya dan produknya seperti tauhu,tempe,air kacang soya,tauchoo
  • Sayur-sayuran seperti bayam,bunga kobis,cendawan ,asparagus ,kentang
  • Bijiran mil seperti roti wholemeal,all bran dan tepung attar
  • Minuman seperti teh,kopi,koko,dan coklat
2. MAKANAN YANG MENGANDUNGI KANDUNGAN YANG SEDERHANA (AMBIL DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT)


  • Daging
  • Ayam
  • Ikan dan makanan laut terutamanya udang,sotong,kerang,ketam





3. MAKANAN YANG MENGANDUNGI KANDUNGAN PURIN YANG RENDAH (BOLEH DIAMBIL TANPA HAD)


Sayur-sayuran selain dari yang disebut di atas
Susu dan produknya
Telur
Buah-buahan
Mentega dan lain-lain lemak, manisan dan gula



TIPS TAMBAHAN
1. Pesakit yang berlebihan berat badan perlu menurunkan berat badan
2. Lebihkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari



ANDA ADA MASALAH GOUT??

sms/whatsapp/call : 019-9942242

No comments:

Post a Comment